profile chat entries credits +follow home



Dear Ex :/
Friday 18 January 2013@8:24 pm
Assalamualaikum Hi semua :') Rindu saya tak? Hehe saya rindu anda semua. Rindu nak update, Rindu nak tulis diari ni, Rindu nak luahkan isi hati saya selama ni yang saya lalui. Okay Kita sekarang dekat Shah Alam. Ho Ho Ho Holidayy Yeayy! Haha :3

Kenapa ea title kita Dear Ex :/ ? Haha nak cerita ni.

Diari awak ingat tak lagi, saya punya Ex? Mesti ingat kan, sebab awak adalah diari saya. Okay sebenarnya kita rindu dekat si dia. Rindu sangat, sebab entah lah. Nak lepaskan dia dihati ni sangat lah susah. Saya dah lama lepaskan cinta saya kasih sayang semua nya tentang dia. Saya dah buang. Tpi kenapa dia mesti ada di mana je? Macam mana kita nak lupakan dia? Ya Allah aku tak kuat semua ni. Tak kuat sangat.

Sayangg sayang ingat kita lagi tak? Kita rindu awak sayang, Rindu nak tengok muka awak. Ketawa awak. Kita OTP dengan awak. Bila awak penat, awak selalu cakap dengan saya. Babyy I nak tidur, Nanti kejutkan tau my wife. Wife? Kan Kita wife awak. Tapi tu semua dulu sayang. Kita hanya Ex awak dan telah menjadi kawan biasa. Kita bukan milik awak, Dan awak bukan milik kita lagi. It's over sayang :'( Sayang ingat tak janji kita sama-sama. yang kita nak belajar, masuk Universiti sama. Tapi tak kan? Awak dah happy dengan orang lain. Awak? Awak nak tahu tak, hati saya hancur bila awak menduakan saya. Hancur bila seseorang bagitahu saya selama ni saya hanyalah scandle awak. Bukan pasangan awak. Yess? saya bodoh percaya awak. Saya bodoh sangat kena tipu. I know it. Permainan awak sangat strategi :') saya bahagia awak. Awak layan saya seorang permaisuri. Indah sayang walaupun saya hanya scandle awak. Sayang sayang sayang? Sayang sayang sayang tau. Awak nak tahu tak, Apa yang awak cakap dengan saya semua nya saya masih ingat. Saya tak kan pernah lupakan. Tapi apa kan daya saya, saya hanya tersenyum bila awak memutuskan hubungan kita :') terima kasih awak jujur dengan saya. Siapa saya dihati awak. Saya redha dan pasrah bila berlaku. Sayangg, jangan nakal nakal tau, Jangan menduakan lagi okay. Syang GF awak tau. Saya dah bahagia dah sekarang. Dengan sesiapa pun :) Past is past kan? So Saya move on dengan kehidupan baru saya.

Sayangg terima kasih hadir dalam hidup saya. Saya gembira sangat kenal dengan awak walaupn seketika. Saya minta maaf kalau saya kacau hubungan awak. Tpi saya hanya scandle awak bila saya dapat tahu kita bercinta. Ouhh kita tak pernah bercinta. Terima kasih sayang bagi harapan yang sangat banyak pada saya. Saya tak kan kembali pada awak walaupun awak ingatkan saya. Saya dah bahagia bersama disisi Allah :') saya sentiasa doakan kebahagiaan awak dengan GF awak. Selamat tinggal kawan, sahabat, Ex. Kita hanya kawan dan terus menjadi kawan okay. Saya cuba lupakan awak. Dan kenangan kita.

Sedih kan apa dia dah buat pada saya? tapi saya tetap bersyukur kenal dengan dia. Dia baik orang nya walaupun dia banyak sakit kan hati saya. Dia tetap pujuk saya dan dia tahan dengan kerenah saya. Saya sayang dia sebagai seorang kawan mungkin.

Okaylah later saya tuliskan apa yang ada isi hati saya. Takecare MeloveYou :*


Friday 4 January 2013@6:38 pm
Assalamualaikum Haiiii everyone, Alhamdullilah. Akhirnya Eqin dapat juga update and post yang terbaru tentang Eqin :) Rindu rasanya kepada kawan kawan Eqin di sekolah. Tpi sebenarnya Eqin bukan nak cerita tentang sekolah. Tapi Tentang seseorang yang pernah wujud dalam kehidupan Eqin. Siapakah dia? Hmm biarlah Eqin sahaja yang tahu. Tpi if dia baca, terasa pedas, dia lah orang nya :')

Okay done cerita yang diatas. Now cerita pasal dia pula.

Semua orang nak tahu kenapa Eqin single sampai sekrang. Semua orang tanya Eqin, Okay, Eqin akan jawab soalan korang okay. Eqin single sebab bukan Eqin ni memilih orang atau apa. Tapi Eqin tawar hati nak bercinta. Sakit dan parut yang masih ada di dalam hati Eqin belum sembuh, and now Eqin nak bercinta pula. Eqin tak nak sakitkan hati orang lain, lebih lagi bila seseorang yg mencintai Eqin.

Hamba Allah tanya Eqin soalan ni 'Eqin tak terasa sunyi dan sepi ke tanpa Boyf ni?'

Jawapan Eqin ialah Eqin tak pernah terasa sunyi dan sepi sebab Allah, keluarga dan sahabat Eqin sentiasa ada disisi Eqin :) Cukup tu membuatkan Eqin bahagia. Eqin tak nak Eqin sayang orang tu tpi hati Eqin masih pada Ex Eqin. Kesian kan dia.

Hamba Allah bertanya lagi 'Kenapa Eqin break dengan Ex Eqin?'

Jwapan Eqin ialah dia dah bahagia dengan orang yang telah membuat dia lebih bahagia dari Eqin. Mungkin bukan jodoh kami utk teruskan perhubungan kami. Mungkin sudah tertulis mana yang terbaik utk kami. Lagi pun, dia nak enjoy dengan kehidupan dia, Dia tak boleh masuk dalam dunia Eqin, tapi Eqin sentiasa berusaha membahagiakan dia. Tak apa Eqin bersyukur sebab Eqin ptus dengan dia sebab Allah tahu mana yang terbaik utk kita semua. Dia pun dah bahagia dengan seseorang. Biarlah dia, Eqin sentiasa doakan kebahagiaan Ex Ex Eqin. Tak perlu Eqin kecohkan lagi benda ni semua.

Hamba Allah bertanya lagi 'Kalau Ex Eqin minta getback, Eqin terima?'

Jawapan Eqin ialah Eqin tak kan terima sebab Eqin dah tak sanggup sejarah kedua berulang lagi. Cukup lah apa yang Eqin rasa sebelum nya. Dan Eqin tahu mana yang terbaik utk diri Eqin dan si dia. Eqin nak berkawan dengan Ex Eqin sahaja. Eqin nak dia cari yang lain. Yang lain lebih baik dari Eqin, Eqin tahu wanita tu boleh bahagiakan dia. Dia pun boleh hidup tanpa Eqin. Kenapa baru sekrang nk minta getback? Tak perlu rasanya. Eqin tak kan patah balik utk terima Ex Eqin. Ex tetap Ex.

Hamba Allah bertanya lagi dan lagi 'Bila Eqin nak terima seseorang dalam hidup Eqin?'

Jawapan Eqin ialah suatu hari nanti pasti ada juga yang Eqin akan terima. Allah sahaja yang tahu siapa jodoh Eqin. Mungkin di alam Universiti. InsyaAllah, Eqin cuma berdoa mana yang terbaik utk Eqin. Kalau tu sudah tertulis, Eqin terima dia dengan hati terbuka. Cuma Eqin masih tertunggu cinta akan datang dengan sendrinya. Eqin dah tak nak mencari cinta lagi.

Okay done, semua soalan Eqin dah jawap. harap ada apa lagi yang korang nak tanya, silakan. Eqin akn jawap dengan tangan terbuka. terima kasih semua. Blogger later okay, Assalamualaikum. Byebye takecare .

-Love QinSella-


New post
Monday 10 December 2012@1:30 pm
Assalamualaikum kawan kawan :)

Hari ni dan hari ni, alhamdullilah kita dapat post dan update segala-galanya. Sudah lama kita diam kan diri tanpa berita kan? Kita pergi bukan nya sesaje tapi semuanya bersebab. Terlalu banyak cerita yang kita nak bagitahu.

Let's storyy! Yeahh! Haha ;)

Kita nak cerita seorang sahabat kita ni. Dia lelaki, k nama dia MOHD ADAM FIRDAUS! Haha :) Nice kan nama dia. Kita kenal dgn dia dekat selangor. Masatu, kita tengah holiday dengan family dan boyfiee akak kita pun join juga. Kitaorang check-in hotel dekat Shah Alam. Malam tu, kita dgn family gerak selangor. Pergi shopping, dah lah gerak lambat, semua kedai dah nak tutup. Tapi nasib baik ada pertunjukkan airterjun dekat situ. Saya jalan-jalan lah, then ada lah 'Mamat' ni, dia asyik je tengok saya, ikut saya pergi mana. Dengan gentle nya, dia terus datang. Dan cakap 'Hai awak *Smiling*' K kita pun cakap balik 'Saya kenal awk ke?' Then muka dia dah merah sangat, sebab bengang punya pasal. Dia cakap 'Kita kenal awk, awk yg tk kenal kita' Kita cakap lah balik *Dengan nada marah* 'Kalau awk kenal kita siapa nama kita?' Dia terus diam je. Lama juga nk tunggu dia cakap apa. Lepastu, baru dia cakap 'Alaa awk, jgn lah marah, kita nk kenal awk je. Nama kita Mohd Adam Firdaus, kawan kita panggil kita Fir. So kita kawan eh?' Haha gentle kan dia. Awesome pula tu. Hihi, Then kita cakap, 'nama kita NoorAshikin. Panggil Eqin. Hmm okay kita kwn' Kitaorang borak sampai saya nk dekat balik. Then pergi i-City dengan dia sekali. Membe dia pun ada, Mohd Zulhelmi. Si zul ni gila sikit orang nya, dia juga suka cari gaduh dgn saya. Tpi diaorang tu AWESOME sangat. Saya rindu nk lepak dgn Fir *Dia omey pakai braces* Dan zul. Pergi PD sama-sama. Rindu #GangWeAwesome. Bila agaknya dapat lepak lagi? Hmm :/

New story? Next day :) See you later. Byee assalamualaikum.


Berhenti Berharap :/
Saturday 10 March 2012@10:01 am
aku tak percaya lagi. atas apa yg kau beri.
aku terhempas di sini. tersudut menunggu mati.

aku tk percaya lagi. akn guna matahari.
yg sinarnya terangi sudut gelap hati ini.

aku berhenti berharap dan menunggu dtg gelap
smpai nnti suatu saat tk ad cinta kudapat.

mengapa ad derita bila bahagia tercipta.
mengapa ad sang hitam bila putih menyenangkan.

c/o : aku pulang tnpa dendam.
kuterima. kekalahanku..

aku pulang tnpa dndam.
kusalurkan. kemenanganku..

bridge : kau ajarkan aku bahagia.
kau ajarkan aku derita.
kau tunjukkan aku bahagia.
kau tunjukkan aku derita.
kau berikan aku bahagia.
kau berikan aku derita..

back to c/o..

Sumpah, aku dgr lagu ni, Sedih hati aku. Tersentuh sehh. Lirik lagu ni sgt mendalam :/